27 Julai, 2009

Ubat Gigi Herba Ajaib


Keterangan Produk

Ubat Gigi Herba Ajaib diadun dari bahan-bahan herba terpilih yang berfungsi sebagai agen penyembuh dan pemulihara gigi, mulut dan gusi. Penggunaannya secara berterusan langsung tidak menghakis permukaan gigi seperti yang terjadi sekiranya anda menggunakan ubat gigi di pasaran yang berasaskan bahan-bahan kimia. Malah penggunaan secara berterusan Ubat Gigi Herba Ajaib ini mampu menanggalkan karat dan kotoran gigi yang baru mahu pun yang lama. Ia juga bertindak sebagai agen pengelak bau busuk penafasan serta menyembuhkan penyakit pecah mulut (mata ikan) bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Selain itu ia juga mampu menyembuhkan kesakitan pada gigi dan gusi, menyembuhkan gusi yang bengkak, gusi yang berdarah serta menguatkan gigi yang longgar.

Kandungan

1 Biji Rempah 15%
2 Jintan Hitam 10%
3 Bunga Lawang 5%
4 Rempah Ratus 10%
5 Cengkih 5%
6 Gula Tebu 10%
7 Garam 5%
8 Serbuk Sugi 40%

24 Julai, 2009

Lady's Herbs Gold


Keterangan Produk

Formula jamu moden, Ladys Herbs Gold dirumus dari 100% herba asli yang diproses secara bio-herb tanpa bahan pengawet, bahan perasa, pewarna dan bahan-bahan yang berasaskan kimia dan dadah. Ia juga tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan tiada kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan.Penyembuhan penyakit adalah lebih cepat berkesan sekiranya tindakannya bermula dari dalam melalui saraf-saraf dalam darah, kelenjar-kelenjar dan terus ke seluruh tubuh badan. Begitulah fungsinya herba-herba yang terkandung dalam ramuan Lady's Herbs Gold. Produk kesihatan ini amat sesuai diambil oleh semua wanita. Ia mampu melancarkan perjalanan darah, menguatkan antibodi (daya tahan penyakit), mengaktifkan saraf denyutan, serta berfungsi sebagai agen awet muda. Ladys Herbs Gold mampu membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan kaum hawa antaranya merapatkan faraj, melancarkan perjalanan haid, merawat senggugut, menghilangkan keputihan dan bau pada faraj dan merawat ketumbuhan. Selain itu, ia juga bertindak menghilangkan bau badan, menegangkan kulit, menegangkan payudara, menegangkan punggung, memecahkan lemak yang berlebihan dan mengawal perut dari buncit.

Kandungan

- Mas Cotek 10%
-Tujuh Temu 10%
-Kacip Fatimah 6%
-Bunga Patma 6%
- Biji Kani 5%
- Serapat 6%
- Sekecut 6%
- Cendawan Kelentit Kering 5%
- Madu Lebah Asli 7%
- Akar Gajah Beranak 5%
- Keledek Batu 6%
- Rempah Gunung 6%
- Nanas Batu 5%
- Penawar Sulong 5%
- Kunyit 6%
- Halia Padi / Halia Bara 6%

22 Julai, 2009

Memo Booster


Keterangan Produk

Memo Booster merupakan produk kesihatan khas untuk mencerdaskan minda anda. Kaedah yang terbaik dan terkini yang berfungsi sebagai baja kepada otak. Ia dapat membantu mengatasi masalah lemah daya ingatan, masalah malas belajar dan masalah mudah lupa. Ia juga dapat mengatasi perasaan takut dan gementar di samping dapat juga melegakan masalah tekanan perasaan (stress) serta membantu menyelesaikan masalah kesihatan lain khususnya darah tinggi dan migran.

Kandungan
  • A. C. Phos berfungsi mencergaskan aktiviti otak dan pergerakan badan.
  • Kali Phos berfungsi untuk membina tisu otak yang baru serta merangsang daya ingatan dan menyahkan perasaan gementar khususnya apabila berhadapan masyarakat, menghadapi peperiksaan atau seumpamanya.
  • Calc Phos berfungsi membantu menyelesaikan masalah lemah daya ingatan. Ia juga membantu menyegarkan otak.
  • Mag Phos berfungsi menghilangkan perasaan jemu belajar, mengurangkan rasa mengantuk seterusnya mendatangkan rasa minat untuk terus menumpukan kepada mata pelajaran.
  • Anacard (Kacang Pintar) berfungsi sebagai baja kepada sel-sel otak untuk menjadikan anda pintar cergas.
  • Ganoderma (Cendawan Merah) berfungsi untuk membersih tubuh badan manusia dari toksid yang terhasil dari pemakanan seharian. Seterusnya menggalakkan tulang som-som membina sel darah yang baru dan sihat tanpa kandungan toksid.

Herba dan Kehidupan

Salam perkenalan dalam dunia penggunaan herba. Herba boleh membantu kita dalam meningkatkan prestasi kesihatan badan.

Pelbagai herba telah dikomersialkan dan ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk tidak perlu mencari-cari sendiri di hutan. Sebagai contoh, gula herba. Terdapat 16 jenis herba dalam kandungannya memberikan manafaat yang tinggi kepada kesihatan badan.
http://sinaris4u.com/bm/images/produk/gulaherba.gifContoh gula herba dipasaran

Gula Herba merupakan minuman kesihatan pertama seumpamanya di dunia. Ia dirumus khas dari 16 jenis herba terpilih yang terdapat di Malaysia yang setiap satunya berfungsi sebagai faktor penyembuh dan perawat pelbagai penyakit. Pengambilan yang berterusan bukan saja menyembuh malah mencegah dan memelihara tubuh badan dari pelbagai penyakit.


Kepentingan Gula Herba
  1. Gula Herba mampu mengimbangkan kandungan gula dan garam dalam darah,
  2. Mancarkan perjalanan darah,
  3. Merendahkan paras kolesterol dan membuang toksid dalam badan.
  4. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  5. Menghilangkan rasa cepat letih serta memberikan tenaga tambahan.
  6. Bertindak sebagai unsur penyembuh bagi masalah buah pinggang, batu karang, ghout,
  7. Buasir, bisa-bisa sendi, bisa-bisa badan,
  8. Darah tinggi dan kencing manis.
  9. Pengambilan gula herba sebelum bersama suami atau isteri mampu meningkatkan paras tenaga seksual masing-masing.

Setiap hidangan (1 sudu teh gula herba dibancuh dengan secawan air panas) mampu membekalkan 20,000 cal tenaga, 0.1g protein dan 5g karbohidrat; cukup untuk kegunaan badan dalam sehari. Justeru itu ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang bekerja berat, bekerja di pejabat, ahli sukan malah sesiapa saja yang mempunyai masalah kesihatan termasuk ibu-ibu yang lepas bersalin.

Kandungan
  • Tongkat Ali Hitam 5% - Hulubalang Jantan 6% - Pasak Bumi 10%
  • Rancang Tembaga 5% - Hempedu Bumi 5% - Raja Satong 6%
  • Rancang Padi 5% - Madu Lebah Asli 6% - Halia Padi / Halia Bara 6%
  • Mengkudu Liar 6% - Rempah Gunung 6% - Penawar Sulung 6%
  • Ubi Jaga 6% - Misai Kucing 8% - Teja Lawang 5%
  • Lain-lain 10%