04 Ogos, 2009

Pengurusan 'Stress'

Definisi 'Stress'
'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.
Robbins, 1993, menerangkannya sebagai: “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:
1.Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
2.Gangguan fungsi kehidupan
3.Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
4.Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
5.Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
6.Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh

Cara Penerimaan 'Stress'
Setiap individu mempunyai ketahanan yang berbeza sewaktu menghadapi tekanan atau 'stress'. Biasanya terdapat dua kategori penerima 'stress'.

Individu A:

Menerima 'stress' dengan tindakbalas yang menggambarkan keresahan, gementar, marah tidak menentu, emosi terganggu, mengalami penyakit dan sebagainya.

Individu B:

Menerima stress dengan tenang dan tidak mengalami perubahan emosi dan fizikal yang negatif. Segala-segalanya dalam keadaan terkawal.

PUNCA 'STRESS'
Penyebab kepada 'stress' berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:
1.Individu – berpunca dari segi kepercayaan, perasan, cara berfikir dan cara kita bertindak
2.Interpersonal – mempunyai hubungkait dengan orang yang kita temui.
3.Organisasi – institusi di mana kita bekerja
4.Masyarakat – tempat kita tinggal dan bekerja
5.Lain-lain – budaya, negara, antarabangsa, atau sejagat

FAKTOR-FAKTOR STRES

Faktor interpersonal
Faktor diri
Faktor organisasi
Faktor kekurangan sumber
Faktor luaran

FAKTOR INTERPERSONAL
• Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain
• Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
• Konflik dengan pihak atasan

FAKTOR DIRI
• Hubungan suami/isteri (dalam keluarga)
• Sakit/penyakit
• Keinginan tidak tercapai
• Dendam dan iri hati
• Takut kebebasan
• Rasa bersalah
• Perpindahan/perubahan mengejut

FAKTOR ORGANISASI
• Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
• Beban kerja berterusan (kronik)
• Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
• Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
• Mengalami kebosanan di tempat kerja
• Merasakan idea sendiri yang betul
• Selalu salahkan orang lain
• Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja


STRES DI TEMPAT KERJA JUGA BOLEH BERPUNCA DARI
• Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan
• Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja
• Pertukaran dalam prosidur atau polisi
• Tiada objektif jelas
• Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa
• Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko ‘job burnout’ tanda-tandanya:
i. Bosan bekerja
ii. Mengasingkan diri
iii. Malas ke tempat kerja
iv. Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya

FAKTOR KEKURANGAN SUMBER
• Peraturan dan polisi
• Material
• Kewangan
• Manusia

FAKTOR LUARAN
• Bunyi bising
• Alam pekerjaan
• Suhu
• Persekitaran

Tanda-tanda 'Stress'
Tegang dan gementar serta gugup
Terlalu runsing – fikiran terganggu
Tidak boleh santai
Rambut keguguran
Sukar tidur
Enggan kerjasama
Tindakan mengambil dadah
Emosi tidak stabil
Takut menghadapi masalah
Otot mengalami sentakan-sentakan kecil
Sistem imun badan lemah
Pernafasan kencang
Sakit jantung
Sakit kepala
Perut sebu masalah penghadaman
Darah tinggi

Strategi Menangani 'Stress'
Muhasabah diri
- lihat keupayaan diri – visi nasional Wawasan 2020 (ke 2)
- kekuatan dan kelemahan
- mengkaji bentuk kemahiran yang diperlukan
Kemahiran pengurusan kendiri
- perancangan sistematik
- pengurusan masa
- kaji kegiatan
- kaji keseimbangan dalam hidup
Pengurusan emosi
- fahami situasi
- kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan
- keupayaan mengawal emosi
- pelepasan emosi secara sihat
Kemahiran penyelesaian masalah
- kenal pasti masalah
- cari maklumat
- analisis maklumat
- cari alternatif
- nilai alternatif
- buat tindakan
- nilai
Jaga kesihatan fizikal
- amalkan permakanan seimbang
- cuba hentikan merokok
- kawal berat badan
- latihan jasmani
- masa rehat
- kurangkan beban kerja
Aktiviti/hobi
- membuat sesuatu yang menyibukkan diri, tetapi tidak menyusahkan orang lain
- melakukan aktiviti yang menyeronokkan
- ambil cuti dan melancong
- kerap bersama-sama keluarg di hujung minggu
- bermain muzik / menyanyi / karaoke
- melukis
- menulis lirik lagu
- memancing
- berkayak
- lain-lain

Pengendalian 'Stress' Yang Berpunca Dari Kerja dan Tugas
Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri
Aturkan pengurusan masa
Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
Pergaulan bersama rakan sekerja
Belajar kemahiran atau perkara yang baru
Hadapi masalah kerja secara terus
Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
Membantu orang lain
Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita

Strategi Mengurangkan 'Stress' Aspek Kerohanian
Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.
- sembahayang
- zikir
- munajat
- meditasi
- berguru
- berbincang dengan rakan
Proses Meditasi
Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik
Munajat
Bernafas perlahan-lahan
Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

Strategi Mengurang 'Stress' Aspek Fizikal
Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal:
Diet
Urut
Mandi air suam/berendam kolam air panas
Menangis
Bermain
Menjerit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan